|
Article in other languages:
|
Antoine-Laurent de Lavoisier (26 Ogos 1743 – 8 Mei 1794) adalah seorang ahli kimia Perancis yang merupakan orang pertama untuk mengelaskan unsur-unsur mengikut kumpulan tertentu. Beliau juga merupakan orang yang memberikan nama kepada oksigen pada tahun 1774. Perkataan "oksigen" terdiri daripada dua perkataan Greek, oxus (asid) dan gennan (menghasilkan). Pada tahun 1789, Antoine Lavoisier menyusun unsur-unsur, cahaya, haba, dan beberapa sebatian, ke dalam suatu jadual mengikut kumpulan. Dalam jadual itu, unsur-unsur dikelaskan kepada logam dan bukan logam. Namun begitu, jadual itu mengandungi banyak perkara yang tidak betul kerana cahaya, haba, dan beberapa sebatian yang belum dapat diuraikan pada ketika itu seperti kapur, silika, alumina, barita dan magnesia juga dimasukkan dalam jadual itu.
Jadual Berkala UnsurMenurut Antoine Lavoisier, unsur-unsur pada ketika itu dapat dibahagi kepada empat kumpulan iaitu: Kumpulan IKumpulan IIKumpulan IIIKumpulan IV
Questions for article: antoine laurent lavoisier, antoine laurent lavoisier biography, antoine lavoiser, antoine-laurent lavoisier-biography, antonio laurent de lavoisier, antonio laurent lavoisier, antonio lavoisier, daftar unsur periodik modern antoine lavoisier, http://ms.wikipedia. org/wiki/antoine_lavoisier, lavoiser, lavosier |
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.
IHS Europe: Infrared Heating Systems for Home and Business.